Khamis, 24 Februari 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1432H

TARIKH: 23 FEBRUARI 2011 / 20 RABIULAWAL 1432H
HARI: RABU
MASA: 7.45 PAGI - 2.00 PETANG














LAPORAN PROGRAM KEMPEN PEMAKANAN SIHAT 2011
OLEH: PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG
” KESAN NEGATIF PEMAKANAN RAPU DAN MAKANAN SEGERA ”

Tarikh: 16 Februari 2011

Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi- 12.30 tengahari
Sasaran: Murid Tahun 1 hingga Tahun 6
Tempat: Ceramah - Dewan Seri Gemilang
Pameran – Dewan Seri Cemerlang

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kesihatan SK. Permatang Tok Mahat telah mengadakan Program Ceramah dan Pameran Kesan Negatif Makanan Rapu dan Segera oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Program diadakan pada 16 Februari 2011. Iaitu hari Rabu. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari. Program disasarkan kepada murid - murid Tahun 1 hingga Tahun 6. program bertempat di Dewan Seri Gemilang iaitu untuk slot ceramah dan pameran bertempat di Dewan Seri Cemerlang. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Roslan bin Ali, kakitangan Bahagian Pendidikan di Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Pameran pula dikendalikan oleh Puan Salihah bt Salleh dan Encik Rahimi bin Deraman. Slot ceramah diadakan dengan tayangan slide. Antara fokus ceramah adalah berkaitan kandungan gula yang tinggi di dalam kebanyakan makanan dan minuman yang sering kita ambil seharian. Kesan pengambilan gula menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes dan obesiti serta pelbagai penyakit lain.








Isnin, 24 Januari 2011

PERJUMPAAN WARIS MURID TAHUN 5 2011

TARIKH: 21 JANUARI 2011
MASA: 5.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG
SASARAN: 132 WARIS MURID TAHUN 5
KEHADIRAN: 80/132





Isnin, 17 Januari 2011

PERJUMPAAN WARIS MURID TAHUN 6 2011


TARIKH: 14 JANUARI 2011
HARI: JUMAAT
MASA: 5.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SRI GEMILANG




Khamis, 13 Januari 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN GRADUASI PRA SEKOLAH 2010

HARI: SABTU
TARIKH: 09 OKTOBER 2010
MASA: 8.3O PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG, SKPTM

DIRASMIKAN OLEH:
EN. MOHD. GHAZALI BIN ABU BAKAR
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SELATAN

SK. Permatang Tok Mahat telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Pra Sekolah pada 9 Oktober 2010 iaitu pada hari Sabtu.  Sambutan ini diadakan bagi mengiktiraf kejayaan para murid sekolah ini dalam pencapaian akademik yang cemerlang serta meraikan murid – murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan alam persekolahan pertama mereka.






Isnin, 3 Januari 2011

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2010


Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah telah diadakan pada 11 November 2010. Pada hari ini juga diadakan majlis Anugerah Kokurikulum Cemerlang bagi menghargai penglibatan murid-murid sekolah ini dalam aktiviti Kokurikulum. Pelbagai kategori anugerah kokurikulum telah disampaikan diselang-seli dengan acara persembahan oleh murid-murid.

PENDAFTARAN DAN SUAIKENAL TAHUN SATU SESI 2011

Pendaftaran murid Tahun Satu telah diadakan pada 31 Disember 2011 ( Jumaat ). Antara aturcara yang berlangsung adalah sesi taklimat oleh Guru Besar kepada waris dan ujian saringan untuk murid-murid. Seramai lebih 130 orang murid tahun satu telah mendaftar pada hari tersebut.